Pada hakikatnya, di Minangkabau orang laki-laki amat sengsara. Dia tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.Hanya sebentar saja dia tinggal di dalam rumah ibunya, iaitu sampai umur 6 tahun. Lepas itu, dia sudah mesti tidur ke surau bersama-sama temannya sambil belajar mengaji AL-QUR’AN.