RM12.90
Di sebalik peranan al-Quran sebagai petunjuk dan pembimbing manusia
dalam hidup dan kehidupan di dunia ini, dan untuk kesejahteraan di akhirat,
tersimpan suatu hikmah yang jarang sekali diperhatikan oleh umat Islam
masa kini. Hikmah itu adalah peranan al-Quran sebagai penyembuh dan
rahmat untuk orang-orang yang beriman, sebagaimana yang dijelaskan oleh
Allah Taala bahawa al-Quran itu diturunkan sebagai penyembuh (ubat) dan
rahmat bagi orang-orang yang beriman.
Pengarang buku ini telah berusaha untuk menggali dan menghimpunkan
syat-syat al-Quran yang boleh dijadikan sebagai ubat dan penawar untuk
merawat berbagai masalah yang dihadapi oleh manusia yang beliau beri
nama dengan A’mal al-Quran, yang diterjemahkan oleh al-Ustaz Ibnu
Muhammad el-Fandahani, agar usaha yang mulia itu akan dapat dinikmati
oleh seluruh umat Islam.
Di samping itu, diharapkan juga agar apa yang disajikan dalam buku ini
akan mendatangkan kesedaran kepada setiap orang yang mahu berfikir,
khasnya umat Islam, agar mereka mengagumi dan menghargai peranan besar
yang dibawa oleh al-Quran ketengah-tengah manusia dan dunia. Kesedaran
seperti ini akan membuat seseorang mengakui keesaan Allah, yang
merupakan salah satu jalan untuk memperkukuh iman kepada-Nya.
Kembalilah kepada al-Quran, kerana di dalamnya terdapat segala sesuatu
yang kita perlukan dalam hidup ini.
20 in stock
| Weight | 0.4 kg |
|---|---|
| Dimensions | 14 × 2 × 22 cm |
| Penerbit | CRESCENT NEWS |
| ISBN | 9789830615363 |
| Format | Paperback |