Search

Peranan Wanita Solehah

RM45.00

Sesungguhnya beruntunglah anda, jika sekiranya wanita yang akan dan telah
menjadi pendamping seumur hidup anda dapat menjelma sebagai buah hati belahan jiwa,
teman hidup yang setia, penyeri dalam kehidupan, penawar ketika duka, penambah ghairah
dan pemberi semangat dalam kehidupan anda serta dapat mengambil peranan sebagai
wakil anda ketika ketiadaan anda di rumah. Bahkan dapat menjelma sebagai pencetak dan
penggilap generasi rabbani yang anda dambakan.
Kecantikan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan paras rupanya.
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada gerak geri kemanjaannya. Daya penarik
wanita solehah itu bukan pada kemanisan percakapannya yang menggoncang iman para
kaum Adam, dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk
rayu. Kepetahan wanita solehah, bukan pada nilai barang kemasnya atau kebijakannya
menceritakan perihal orang lain, tapi terletak pada perjuangannya untuk meningkatkan
martabat agamanya.
Rasulullah SAW bersabda,
“Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah.”
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang
solehah. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau (suami) memandang
kepadanya dia menggembirakan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau
(taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
Buku ini diterbitkan untuk melengkapi kebahagian para suami dan bakal suami.
Selamat menemui istana idaman. Selamat membaca…

20 in stock

Additional information

Weight 0.8 kg
Dimensions 15 × 3 × 22 cm
Penerbit

CRESCENT NEWS

ISBN

9789675950032

Format

Paperback

Berat

0.8

Cetakan

Cetakan Pertama 2014