Search

MY SWEETIE PIE – Kaseh Aries

RM35.00

My Sweetie Pie

BLURB

Pertemuan antara Taufiq dengan Sarah bukanlah satu pertemuan yang indah. Di mata Sarah, Taufiq bukanlah seorang lelaki yang baik. Dia seorang yang suka ‘berkawan’ dengan ramai perempuan.
Tiba-tiba Taufiq menjadi pelanggan VIP Sweet Florist. Sudah tentu kehadiran Taufiq di Sweet Florist bagaikan menatang minyak yang penuh. Namun kurang disenangi oleh Sarah.

“Nope. Sarah yang paling wangi. I love Sarah.” – Taufiq

“Excuse me? Apa encik cakap tadi?” – Sarah

“‘Sarah’ saya yang wangi tu bukan awak. ‘Sarah’ saya tadi… merujuk kepada bunga Peony Sarah Bernhardt.” – Taufiq

Sarah hampir dipecat gara-gara Taufiq tidak mahu bekerjasama dengan Sweet Florist.
Disebabkan itulah, Sarah terpaksa mengikut semua syarat yang Taufiq kenakan.
Perlahan-lahan, hati si teruna berlagu cinta. Taufiq membuat pengakuan tetapi Sarah membuat penolakan kerana menganggap itu gurauan.

“Saya sayangkan awak, Sarah.” – Taufiq

“Encik Taufiq bergurau, kan? Sengaja nak kenakan Sarah?” – Sarah

Gara-gara Sarah menerima lamaran lelaki lain, Taufiq juga turut mempunyai tunangan. Kini Sarah mula keliru dengan perasaannya. Jiwanya merusuh apabila memikirkan Taufiq bakal menjadi milik orang.
Perlukah dia berundur? Atau mengaku perasaan yang sebenar kepada Taufiq di saat lelaki itu sedang membuat persiapan perkahwinannya? Bagaimana pula dengan ikatan pertunangan Sarah?

Out of stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 12 × 3 × 20 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9786297509273

Penerbit

Kaseh Aries

Penulis

Shiroe Sherry

Tahun Terbitan

2023