Search

Rahsia Misteri Besi Kersani

RM29.90

Kekuatan besi kersani turut dicatatkan dalam bahan-bahan bertulis seperti
Bustanus Salatin, Syair Hamzah Fansuri dan lagu nyanyian M. Nasir, Mentera
Semerah Padi, Namun demikian, sukar diterangkan bentuk mahupun rupa sebenar
besi kersani. Teori atau penjelasan tentang besi tersebut lazimnya bercanggah.
Tidak kurang pula teori-teori yang sukar diterima akal. Dalam hal ini, bergantung
kepada daerah dan pegangan sesebuah masyarakat, besi kersani turut dikenali
sebagai kursani, qursani, kharsani, khurasani, dan khursani. Dari sudut akar kata,
dapat dijangkakan bahawa perkataan tersebut berasal daripada Khurasan, yakni
sebuah daerah besar yang meliputi Afghanistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan
Tajikistan.
Kersani turut disebut dalam beberapa mantera Melayu. Secara khususnya,
mantera-mantera tersebut memohon kepada Allah SWT untuk meminjamkan
kekuatan besi kersani kepada diri mereka. Bagi segelintir individu, kersani
dianggap sedia hadir dalam tubuh manusia. Dalam hal ini, individu berkenaan
akan menggunakan mantera-mantera tertentu bagi membangkitkan semangat besi
tersebut. Semangat besi tersebutlah yang kononnya menjadi sumber kekuatan
batin dalam tubuh pengamal ilmu besi kersani. Dalam erti kata lain, semangat besi
tersebut diharapkan dapat mengalir dalam jiwa pendekar bagi memberikannya
kesaktian yang luar biasa. Dalam rangka kepercayaan para pengamal, kebangkitan
besi kersani dalam tubuh ditandai dengan bunyi yang berdesing di telinga.
masa
Proses mewujudkan besi dalam dirinya bermula dengan pengamal
membayangkan kekuatan yang mengalir dalam urat-urat saraf. Lazimnya berpusat
dari bahagian tapak tangan, besi kersani tersebut akan bertindak semacam cecair
lalu
dan menjalar ke seluruh tubuh. Kononnya, pendekar
berkemahiran tinggi dalam ilmu tersebut dan mempunyai keupayaan membuat diri
mereka kebal dan kalis senjata. Curu-guru terdahulu dikatakan teramat memilih
dalam menurunkan ilmu besi tersebut. Tidak menghairankan, ilmu tersebut
menjadi semacam fenomena yang diidamkan sebahagian orang Melayu.

2 in stock

Additional information

Weight 0.660 kg
Dimensions 21 × 2 × 15 cm
Publisher

Karya Publika

Isbn

9789672394167

language

Bahasa Malaysia