RM30.00
Hanya kerana terkhilaf dalam memilih kawan, Syafa terheret dalam kancah sebuah dendam yang tersimpan puluhan tahun lampau. Tidur malamnya yang sering didatangi oleh mimpi-mimpi seorang wanita bernama Suraya, cukup membingungkannya.
Rupa-rupanya, mimpi-mimpi itu telah membuka pekung sebuah kisah lampau yang sengaja dipadamkan daripada memori kehidupan Syafa oleh ‘seseorang’. Ammar, rakan baik Syafa menyedari perubahan Syafa. Dia cuba membantu.
Tetapi, semakin dia mencuba, semakin Syafa menjauh daripadanya.
Ada hati yang terluka dalam diam. Permainan bermula. Aduka hanya memerhati ‘drama’ yang sedang dimainkan. Dia tahu, kini tugasnya perlu diselesaikan segera. Dia yakin, sejauh manapun ‘pendusta’ itu melarikan diri, akhirnya pasti tersungkur bersujud memohon ‘keampunan’ daripadanya.
Apa kaitan Syafa dengan Aduka?
Mengapa pula Ammar mengkhianati sahabat baiknya sendiri?
“Jangan sentuh akulah! Apa salah aku pada kau? Sampai sekarang, kau masih ganggu hidup aku. Pergilah kau dari sini! Aku rayu pada kau. Tolonglah!” – Syafa
“Pasti kau kenal siapa Suraya, kan? Aku yang bantu keluarganya dan membatalkan perjanjian mengarut dengan keluarga kau. Kerana mereka berdua iblis. Dan begitu jugak dengan kau. Manusia tak seharusnya bersekutu dengan iblis.” – Fateh
“Kita tak boleh biarkan ayah macam tu aje, long. Sampai bila? Ayah tu Imah tengok dah macam mayat hidup.” – Fatimah
5 in stock
| Weight | 0.3 kg |
|---|---|
| Dimensions | 15 × 3 × 25 cm |
| Berat | 0.3 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789674464684 |
| Penerbit | BUKU PRIMA |
| Penulis | Faizul Rahim |
| Tahun Terbitan | 2018 |