Search

BUNGA TULIP UNTUK KAMU – Iman Publication

RM32.00

“Tak payahlah larikan diri daripada saya. Jenuh saya nak kejar.”

“Siapa suruh awak kejar?”

“Hati saya yang suruh.”

*
Di Flora Florist, dunia Adlea dipenuhi dengan bunga yang berwarna-warni. Namun di sebalik keceriaan itu, kehidupannya hitam dan kelam.

Dari kecil, Adlea percaya bahawa dialah punca kepada segala perkara buruk yang terjadi kepada orang di sekeliling. “Kau pembawa malang!” sentiasa terngiang-ngiang dalam kepala.

“Aku tak akan buat apa-apa yang membahagiakan aku, termasuklah melukis.” Walaupun Adlea amat menyukainya.

Hanya kerana sekeping lukisan yang diconteng saja-saja, Adlea didekati oleh Iyaad, abang kepada bos Adlea, dengan alasan — mahu membeli lukisan Adlea. Adlea tidak mahu kerana dia tahu jika dia bahagia, malang pasti akan tiba.

“Lea, cukuplah salahkan diri awak atas apa yang berlaku. Cukuplah salahkan diri awak atas takdir yang Tuhan dah tetapkan.”

Pada saat Adlea hampir mengubah hidupnya, dia menerima suatu berita yang menghancurkan jiwa. Mampukah Adlea bangkit untuk mewarnakan semula hatinya — lalu mencari kekuatan untuk kembali menyayangi?

8 in stock

Additional information

Weight 0.25 kg
Dimensions 15 × 3 × 24 cm
Berat

0.25

Format

soft cover

ISBN

97896297665160

Penerbit

IMAN PUBLICATION

Penulis

Hiznawa

Tahun Terbitan

2024