Entah berapa sepertiga malam yang kuhabiskan
untuk mengetuk pintu langit, dan kamulah penyebabnya.
Aku tidak bosan mengungkapkan segala keresahanku
dalam mencintaimu kepada Pemilik pintu langit itu.
Bertanya-tanya apakah mungkin kamu yang Allah
catat dalam lembar Luh Mahfuz-ku.
Meski tidak ada namamu, Allah pasti tahu
kepada siapa doa-doaku dimaksudkan
kerana tidak ada tabir rahsia antara hamba
dan Tuhannya. Biar Dia yang memilih, mana
pilihan terbaik yang paling layak untuk kita.