Search

MUTIARA DI SEBALIK MIMPI – Must Read

RM30.00

Kejadian bot karam di lautan mengubah segalanya buat Kasih. Dia hanya mahu melupakan seketika luka lama dan tekanan hidup di kota, namun kini dia terdampar di sebuah alam yang tidak tercatat dalam peta. Alam tersembunyi yang dihuni oleh makhluk berbicara dan dibelenggu sumpahan kuno, Pulau Kelicap. Di situ, realiti bukan lagi seperti yang dikenalinya.

Namun keindahan pulau itu hanyalah ilusi yang menutupi sejarah berdarah, sebuah sumpahan kuno yang membelenggu setiap penghuninya. Kasih menjadi insan terpilih yang perlu merungkai rahsia sumpahan itu, konflik antara Puteri Ranggung yang dikhianati oleh darah dagingnya sendiri.

Ditemani sekumpulan makhluk ajaib yang boleh berbicara, iaitu burung kelicap, kancil, tupai, kucing dan rusa, Kasih menyelusuri kisah-kisah silam yang telah dilupakan. Di tengah-tengah ilusi dan kebenaran, Kasih bakal menyedari bahawa jawapan sebenar tentang dirinya… tersembunyi dalam sumpahan itu sendiri.

Out of stock

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 13 × 3 × 19 cm
Berat

0.3

Format

soft cover

ISBN

9789670078793

Jumlah Halaman

416

Penerbit

MUST READ SDN. BHD.

Penulis

Hasya Hasshim

Tahun Terbitan

2025