RM30.00
“Any news today?” Syarifah Al Bahiyah menyoal semua yang ada di meja makan. Tengku Zalif makin kuat berdeham dan sesekali tersengih memandang Tengku Zaid. Engku Bahiyah memandang pelik.“Insya Allah Nenda, tujuh bulan dari sekarang, Nenda akan bergelar moyang atau buyut,” beritahu Tengku Zaid.
Ucapan tahniah mula berlegar-legar di meja makan itu. Syarifah Al Bahiyah sudah senyum sampai ke telinga. Yang lain pula terus makan sepantas kilat dan terus bangun. Takut disoal oleh Nenda. Dari ceruk dapur, Iffah tersenyum bahagia, sampai Cik Mat masuk ikut pintu dapur pun dia tidak sedar.
“Sampai bila, Iffah?” Iffah menoleh. “Eh? Cik Mat. Maaf, saya tak perasan, Cik Mat nak air ke?” Soal Iffah pada Cik Mat yang sudah duduk di meja dapur. Air mata bahagia pantas diseka.
“Tahniah, Cik Mat, bertambah lagi cucu Cik Mat,” sambung Iffah. “Kamu ni sampai bila Iffah?” Soal Cik Mat untuk kali kedua. Iffah hanya membisu. ‘Entah…’ bicara hatinya. “Ibu!” Panggil Didi Khalisha. Dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi. “Kenapa?” Soal Iffah.
Didi mengerutkan muka. “Zalif suruh saya buat donut. Dia suruh belajar dengan ibu.” Iffah tergelak. “Oh… boleh. Abis tu, kenapa buat muka sedih tu? Pergi panggil Erin sekali. Ajak dia jugak.
Didi akur. Dia keluar mencari birasnya. Saat itu, Arissa pula melangkah ke dapur, dengan wajah yang kelat.
“Ha, Arissa. Sampai bila nak menyorok? Zaqif berhak tahu tau,” ucap Iffah.Arissa masih diam tidak menjawab. Hati masih sakit dan ragu-ragu dengan cinta Tengku Zaqif yang tiba-tiba beralih arah. Mustahil! Arissa bingung. “Err… ibu nak masak apa tu?” Jawapan tiak diberi, tetapi dia menyoal pula.
Iffah menggeleng. Iffah sebenarnya sudah mula lega apabila Tengku Zaqif kembali mencari Arissa dan mahu membina rumah tangganya yang agak goyah tempoh hari. “Nak masak bubur untuk Alyaa sekejap. Lepas tu nak ajar Didi masak donut. Pergilah tengok Didi dengan Erin kat luar tu. Entah buat apa lama sangat.”
Arissa terus keluar meninggalkan Iffah. Tidak mahu wanita itu bertanya macam-macam. Panggilan telefon daripada Tengku Zaid membantutkan kerja Iffah. Jam dikerling. Pukul 3.00 petang. “Ya. Ibu nak tengoklah ni. Cuba sabar sikit”
“Ibu, dia tak angkat call. Cuba ibu tengok cepat. Entah-entah dah pengsan ke. Aduh… risau ni. Cepatlah, bu,” rayu Tengku Zaid di hujung talian. “Ya.” Panggilan dimatikan. Iffah membawa bubur meniti anak tangga. Pintu bilik Alyaa dikuak. Kelihatan Alyaa lemah di atas katil. Iffah menghampiri Alyaa.
“Okey ke tak ni?”Dahi Alyaa dirasa. “Okey je, bu. Nak rehat sekejap. Tapi itulah. Telefon asyik berbunyi je. Pening dah kepala ni.” Alyaa memicit-micit dahinya. Iffah tersenyum. “Haiii si Angah ni.” Iffah mengambil telefon bimbit dalam kocek baju kurungnya. Video call ditekan.“Ha! Nampak tu. Okey je. Dah, jangan kacau Alyaa. Dia nak rehat.” Iffah mengacu telefon ke arah Alyaa yang sedang terbaring. Sejurus selepas keluar, mata Iffah masih melihat ke arah bilik hujung di tingkat dua. Bibir menguntum senyum. Nafas ditarik panjang dan dilepaskan. Kaki menuju ke dapur semula. Didi, Erin dan Arissa sudah menanti di dapur.
Out of stock
| Weight | 0.45 kg |
|---|---|
| Dimensions | 13 × 5 × 20 cm |
| ISBN | 9789672035190 |
| Cetakan | 2017 |
| Penerbit | Kaseh Aries |