Search

100 DOA TAUBAT – Tarbiah Sentap

RM20.00

Pernahkah air mata mengalir kerana dosa, tapi LIDAH TAK TAHU
APA YANG PERLU DISEBUT?

Buku ini hadir sebagai panduan dan teman buat jiwa yang mahu
kembali bertaubat pada Allah.

Buku 100 DOA TAUBAT ini menghimpunkan doa-doa pengampunan
yang diucapkan oleh para Nabi, Rasul, dan insan beriman sepanjang
sejarah, doa yang diabadikan dalam al-Qur’an, dan doa yang diajar
oleh Rasulullah sendiri.

BAB 1 mengumpulkan 30 doa dari Alquran, lafaz-lafaz suci yang
pernah mengalir dari hati Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi
Yunus, Nabi Sulaiman, Nabi Musa, dan para kekasih Allah.

BAB 2 menghimpunkan 70 doa daripada hadith Nabi, zikir dan
istighfar yang membuka pintu rahmat, menenangkan hati, dan
menghapus dosa, menjemput hidayah, istiqamah dan diselamatkan
dari azab serta dimasukkan dalam syurgaNya.

Setiap doa disertai teks Arab, transliterasi Rumi, maksud, syarahan
ringkas, dan pengajaran yang menyentuh hati.

Bahasanya lembut, mudah difahami, dan sesuai untuk amalan harian.
Buku ini ditulis bukan untuk orang sempurna, tetapi untuk mereka
yang masih mahu berubah.

Kerana Allah tidak mengharapkan kita untuk menjadi sempurna,
tetapi Allah mencintai hambaNya yang tak pernah putus-asa untuk
kembali bertaubat padaNya.

9 in stock

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 15 × 1 × 21 cm
Berat

0.2

Format

soft cover

ISBN

9789672118640

Jumlah Halaman

115

Penerbit

Tarbiah Sentap

Penulis

Adnin Roslan

Tahun Terbitan

2025