Search

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN – Tarbiah Sentap

RM35.00

IZINKAN AKU MENCARI TUHAN membawa kisah Afnan, seorang remaja dari keluarga berada yang hidupnya berubah setelah ayahnya, Tuan Johari, mengalami tekanan akibat kerugian dalam perniagaan. Rumah yang dahulunya aman kini menjadi medan kemarahan dan kekerasan. Afnan yang dahulu ceria kini mula mencari ketenangan di luar, namun tersalah memilih jalan.

Sejak berkawan dengan mikael, gangster sekolah, Afnan terjebak dalam dunia rempit, rokok, cinta, pornografi dan keseronokan sementara. Meskipun Hazim, rakan sekelas Afnan cuba menyelamatkannya, namun Afnan terus hanyut terutama setelah berkenalan dengan Anis, gadis yang menawarkan kasih sayang yang telah lama hilang di rumahnya.

Pertemuan Afnan dengan Akmal di universiti mengubah segala-galanya. Akmal, rakan baharu yang soleh, mula membantu Afnan mencari kembali makna hidup. Buku Jalan Syurga Untukmu yang Afnan terima dahulu secara misteri juga menjadi kunci untuk kembali kepada Tuhan. Ditambah pula Andi, rakan non-Muslim yang sentiasa bertanya tentang Islam kepada Afnan membuatkan dia tersedar akan kekhilafan diri.

Afnan cuba berubah. Persoalannya, mampukah Afnan istiqamah dalam pencarian dirinya? Bagaimana jika cinta dunia yang pernah dia tinggalkan kembali menghantui? Adakah Afnan akan menemui jalan pulang kepada Tuhan yang selama ini dia cari?

5 in stock

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 13 × 3 × 19 cm
Berat

0.3

Format

soft cover

ISBN

9789672118596

Penerbit

Tarbiah Sentap

Penulis

Aizuddin Hamid

Tahun Terbitan

2025