RM37.00
BALAS dendam, pencarian keluarga kandung,
keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata uan
kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah
satu janji yang melingkari hidup Luqman. Begitulah
janji Luqman yang tidak sekali-kali berundur walaupun
banyak rintangan dan cabaran, yang menjadi liku
kehidupan, penuh ranjau berduri.
Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka
satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan.
Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha.
Kerana cinta, Luqman berjanji untuk mengenali wanita
itu. Dan kerana janji itulah Luqman melamar Adelia.
Luqman dan Adelia kemudian diijabkabul. Kasih dan
cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di
hati Adelia.
Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya
membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman
berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula.
Dan di hadapannya ada seseorang yang telah
menghulurkan tangan untuk membantu Luqman
melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.
5 in stock
| Weight | 0.3 kg |
|---|---|
| Dimensions | 15 × 3 × 22 cm |
| Berat | 0.3 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9786297913049 |
| Penerbit | BUKU PRIMA |
| Penulis | Ramlee Awang Murshid |
| Tahun Terbitan | 2026 |