Melepaskan bukanlah bahagian yang paling sukar, ianya tentang apa yang datang selepas itu.
Apabila harapan sudah tiada, apabila seseorang yang pernah menjadi “rumah” berubah menjadi
asing, dan apabila hati terpaksa belajar menerima tanpa jawapan.
Buku ini mengajak kita untuk menyelami realiti selepas melepaskan; tentang kehilangan
yang senyap, tentang luka yang tidak terlihat, dan tentang keberanian untuk akhirnya
memilih diri sendiri.