Search

MENCARI SEMPURNA – Idea Kreatif

RM32.00

Nyaris berkahwin dengan suami orang buatkan Noura didesak si abang untuk hadiri blind date. Konon untuk menutup aib keluarga. Konon supaya dia tak buat hal lagi.

Demi si ibu, Noura ikutkan saja kemahuan si abang.

“I tahu nama you. I datang sebab nama you juga.” – Harraz

“You ni betul ke blind date 1.” – Noura.

Rupanya, blind date yang diatur itu adalah Harraz, lelaki yang sering Noura jumpa di dalam kafe dan di lif bangunan pejabat tempat dia bekerja. Bertentang mata dan berada dekat dengan Harraz buatkan hati Noura jadi huru hara.

“Jangan jatuh cinta dengan I, Noura.” – Harraz.

Namun kata-kata Harraz telah musnahkan rama-rama yang mengepak riang di perut Noura. Memang betul-betul anti klimaks!

Pun begitu, pertemuan itu bukanlah yang terakhir buat mereka. Dalam diam, ada rasa indah mula menghuni hati masing-masing.

“Bukan setakat 500 ringgit, Noura. Demi maruah you, I sanggup jadikan nyawa I sebagai galang ganti.” – Harraz.

“Murah sangat ke nilai I di mata you?” – Noura.

“Nilai you terlalu tinggi, Noura. Tapi untuk lelaki macam Haris, itu dah cukup untuk I halau dia daripada life you.” – Harraz.

Siapa sangka, bahagia mereka hanya seketika. Baru menyulam bahagia, badai datang menyapu segala impian.

Bertahun terpisah, Noura bertemu kembali dengan Harraz di Jepun. Namun, apa yang terlihat oleh mata Noura sangat menyakitkan. Hatinya retak seribu.

“Kehidupan memang begitu, Noura. Seseorang datang dan pergi, itu lumrah.”-Harraz

“Sama macam you tinggalkan I ketika I tak sedarkan diri dan you bina keluarga sendiri tanpa rasa bersalah.” – Noura.

Benarkah wanita dan si anak kecil yang Noura lihat bersama Harraz Adalah keluarga milik lelaki itu?

Sebenarnya, dia dan Harraz terpisah atau dipisahkan?

5 in stock

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 14 × 3 × 21 cm
Berat

0.3

Format

soft cover

ISBN

9789672803904

Penerbit

IDEA KREATIF

Penulis

Ella Affandy

Tahun Terbitan

2026