Search

FAHRIN MIKAEL – Idea Kreatif

RM37.00

Bagi menyambung kembali legasi yang telah terputus, Ammar Zahrain meminta sang anak bongsu; Ayla Zayra untuk menikahi anak Fathi Gabrielle, Fahrin Mikael.

Tapi, Ayla menolak. Mana mungkin dia mahu menikahi lelaki yang sudah dia anggap seperti abang sendiri. Lagipun, hatinya masih ada pada bekas kekasih. Dan yang paling teruk, Fahrin itu teruna terlajak!

“Sorry tapi daripada dulu lagi Ayla memang anggap abang Fahrin tak lebih daripada seorang abang.” – Ayla Zayra

“Siapa suruh Ayla anggap macam tu? Abang tak pernah suruh pun.” -Fahrin Mikael

Ayla tidak tahu bahawa dia dan Fahrin sebenarnya sudah lama terikat. Mereka sebenarnya telah ditunangkan sejak kecil. Dia tetap berkeras tidak mahu. Ayla dengan sikap keras kepalanya manakala Fahrin dengan sikap tenangnya.

Namun, benarkah tenang Fahrin tenang yang tidak berbahaya?

Fahrin Mikael – satu-satunya cucu Diego Santoz yang merupakan pemilik nama besar di Sicily, Italy. Digeruni kerana kekejamannya.

Darah jahat Santoz mengalir laju dalam diri Fahrin. Mungkinkah sisi hitam Fahrin akan keluar jika selalu diasak dengan perangai Ayla?

“Adakah perlu nanno masuk campur dalam hal ini, Kael? Just tell me and I’ll give my men a command.”-Diego Santoz

“No need nanno. I’m your grandchild. You supposed to know how I’ll react whenever things are not going on my way. Is it clear, nanno?” – Fahrin Mikael

3 in stock

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 14 × 3 × 21 cm
Berat

0.3

Format

soft cover

ISBN

9789672803935

Penerbit

IDEA KREATIF

Penulis

Nssignature

Tahun Terbitan

2026