Selepas pemergian tragis sahabatnya, Gaza pulang ke rumah keluarganya di kota Baitul Maqdis dengan misi mendapatkan kitab sejarah ulung yang diamanahkan oleh kakaknya, Jaffa.
Tetapi, rumah mereka sudah dirampas orang! Rupa-rupanya, Baitul Maqdis sudah dipenuhi dengan Yahudi Zionis!
Gaza menyedari bahawa bahaya sebenar kini mengancam diri dan warisan keluarganya. Mampukah dia mendapatkan kembali kitab sejarah yang diamanahkan? Adakah dia akan keluar dari tempat itu dengan selamat?