Search

MUNGKIN KITA MASIH PUNYA TRAUMA – Tentang Kita

RM49.00

Bagaimana kalau ada sesuatu dalam diri kita yang sebenarnya telah lama tersembunyi yang kita sendiri tidak tahu bagaimana ingin menjelaskannya? Namanya trauma jika kita tahu ia adalah trauma, tapi bagaimana dengan trauma yang kita sendiri tidak tahu kewujudannya?

Boleh jadi rasa takut’ ditinggalkan atau mungkin cara kita meminta maaf walaupun tidak bersalah. Kita yang terpaksa menjadi kuat (atau sekadar berpura-pura kuat) kerana tidak tahu bagaimana rasanya mempunyai tempat untuk bersandar dan berehat. Atau cara kita berjanji, “Aku takkan jadi macam mereka,” hanya untuk suatu hari tersedar bahawa kita sedang mengulangi perkara yang sama .

Ia mungkin sesuatu yang sudah mendarah daging dalam cara keluarga kita mencintai, marah, berdiam, bertahan dan menyembunyikan apa yang sakit – lama sebelum kita tahu bahawa semua itu mempunyai nama.

Mungkin Kita Masih Punya Trauma membawa kita menelusuri “apa” yang ditinggalkan oleh generasi sebelum kita, mengenali bagaimana ia masih hidup dalam diri kita hari ini, dan belajar agar apa yang pernah sampai kepada kita tidak perlu sampai kepada generasi selepas kita.

Kerana walau kita bukan permulaan cerita ini, namun kita boleh menjadi tempat ia akhirnya berhenti.

4 in stock

Additional information

Weight 0.2 kg
Dimensions 13 × 2 × 19 cm
Berat

0.2

Format

soft cover

ISBN

9786297722634

Jumlah Halaman

150

Penerbit

TENTANG KITA.

Penulis

Mirahaz

Tahun Terbitan

2026