RM40.00
Buku ini menerangkan cara-cara untuk menyucikan hati daripada sifat-sifat mazmumah (takhalli) dan seterusnya menunjukkan jalan menghiasinya dengan sifat-sifat mahmudah (tahalli). Memiliki hati yang baik dan sejahtera bermula daripada menjaga anggota-anggota zahir iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan serta kaki dan menggunakannya pada perkara-perkara kebaikan. Seterusnya mendidik hati agar menjauhi sifat-sifat mazmumah seperti suka makan, banyak bercakap, kedekut serta sombong dan mengamalkan sifat-sifat mahmudah seperti zuhud, sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, serta redha Setiap sifat dibincangkan dengan jelas: puncanya, kebaikan dan keburukannya, tahap atau peringkatnya, serta cara menghilangkan sifat mazmumah dan menerapkan sifat
mahmudah. Turut diselitkan amalan-amalan untuk memperoleh sifat-sifat mahmudah dan kisah-kisah berhikmah para salafus soleh
10 in stock
| Weight | 1.1 kg |
|---|---|
| Dimensions | 17 × 4 × 25 cm |
| Berat | 1.1 |
| Cetakan | 2019 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789830978246 |
| Jumlah Halaman | 584 |
| Penerbit | Galeri Ilmu |
| Penulis | Ustaz Muhadir Haji Joll |