Search

Sirah Nabi Muhammad – Perjalanan Luar Biasa

RM65.00

Pada tahun 1973 telah diadakan sebuah persidangan berkaitan pengajian Sirah Nabi Muhammad SAW. Berakhirnya persidangan berkenaan dengan keputusan menganjurkan pertandingan penulisan Sirah peringkat Antarabangsa. Semua penulis di seluruh dunia telah dijemput untuk menulis di dalam apa jua bahasa.

Syaikh Sofiyurrahman telah menyertai pertandingan berkenaan. Keputusannya, beliau memenangi tempat pertama dengan meraih hadiah serta kelebihan yang menakjubkan! Buku beliau diterjemahkan kepada pelbagai bahasa serta disebarkan di serata negara. Lalu buku ini menjadi popular. Di pelbagai masjid dan surau bahkan sekolah telah menjadikan buku beliau sebagai modul di dalam subjek sirah.

Keistimewaan buku beliau ialah; ia menjelaskan isu sirah Nabi Muhammad dengan lengkap Daripada lahir sehingga wafat! Bahkan, beliau sertakan gambaran latar belakang tanah Arab sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad. Ini buku yang sangat istimewa!

Pada 1994, beliau telah membuat edisi kemaskini dengan pelbagai tambahan dan pembaharuan. Antaranya ialah; beliau menukar beberapa fakta yang pernah disebut sebelum ini, memadam kenyataan lama lalu ditambah dengan kenyataan baharu serta pelbagai lagi pendirian terkini beliau.

Santai Ilmu Publication telah berusaha sedaya upaya menterjemahkan karya ini kepada bahasa Malaysia. Semoga dengan penerbitan buku ini, umat Islam khususnya yang berada di Malaysia akan lebih mendekatkan diri kepada peribadi dan kehidupan Nabii Muhammad SAW.

5 in stock

Additional information

Weight 1.3 kg
Dimensions 4 × 17 × 25 cm
Berat

1.3

Cetakan

2018

Format

soft cover

ISBN

9789671604755

Jumlah Halaman

710

Penerbit

SANTAI ILMU PUBLICATION

Penulis

SYAIKH SOFIYURRAHMAN