RM35.00
Usahanya menyediakan van jenazah
percuma, ambulans percuma, teksi
percuma, dan makan percuma sangat
mengejutkan. Bagaimana dia
melakukannya?
Adakah Uncle Kentang ini jutawan?
Hakikatnya, Uncle Kentang ini berasal
daripada sebuah keluarga penoreh getah
yang miskin. Namun, itu bukan penghalang
untuk dia terus memberi. Dia sangat
percaya, memberi tidak akan menjadikan kita
miskin. Sedekah tidak akan menjadikan kita melarat.
Tetapi Tuhan akan
tambahkan rezeki kita.
Uncle Kentang hanya fikirkan tentang bagaimana mahu
membantu orang yang susah. Dia mahu mempermudahkan
urusan orang lain walaupun dirinya sendiri perlu
banyak berkorban.
Inilah buku yang bercerita tentang Uncle Kentang.
Cerita tentang kisah suka duka dunia sukarelawan,
cerita tentang pengorbanan dalam melaksanakan
prinsipnya, mudahkan jangan susahkan. Juga
kisah-kisah bagaimana dia tidak pernah
lagi miskin selepas semakin banyak
dia memberi.
10 in stock
| Weight | 0.7 kg |
|---|---|
| Dimensions | 3 × 17 × 26 cm |
| Berat | 0.6 |
| Cetakan | 2020 |
| Jumlah Halaman | 199 |
| Penulis | Kuan Chee Heng |
| Penerbit | Uncle Kentang |
| ISBN | 9789671829400 |