RM34.00
Bayangkan bagaimana rasanya bila menjadi saksi pembunuhan bapa
saudara sendiri di depan mata. Bukan itu saja, dia diculik dan dilarikan
pula jauh ke pulau terasing oleh si pembunuh!
Maka dalam setiap hela nafas Jhia, tak ada perasaan lain mampu
tercipta buat Zayn selain daripada kebencian dan dendam yang
membara. Malah dia yakin dia sanggup membunuh Zayn dengan
tangannya sendiri demi menuntut bela kematian pak ngah. Dia sanggup!
Terlalu banyak yang terpaksa Jhia lakukan di pulau yang dikawal ketat
ini demi membebaskan diri. Dia pernah cuba lari, namun dengan mudah
tertangkap semula. Sehingga pada satu tahap, dia terpaksa
berpura-pura menyukai Zayn. Oh Tuhan! Sedangkan itulah manusia
paling jijik dan paling dia benci di muka bumi ini!
Dalam mengatur pelbagai strategi, orang kanan Zayn bernama Lutfan
turut Jhia libatkan sekali. Kerana di matanya pemuda itu paling berbeza
dan mungkin mampu membantu membebaskan dirinya dari tawanan
Zayn.
“Kau kata aku berbeza daripada mereka semua?Really? Jadi kau fikir
sebab apa Zayn jadikan aku orang kanan dia? Sebab aku berbeza dari
dia, atau sebab aku yang paling serupa dengan dia?” – Lutfan
Namun sebanyak mana Lutfan menolak pujuk rayu Jhia, akhirnya dia
tertelan kata-kata sendiri juga. Satu rahsia yang terbongkar
membuatkan dia berhempas pulas, bergelut sehingga rela menadah
setiap butir peluru dengan tubuhnya. Semua kesanggupan itu dilakukan
hanya demi Jhia. Malah dia juga tergamak menjadi seorang
pengkhianat!
Pelarian yang padat dengan aksi cemas dan mendebarkan, dunia
Lutfan dan Jhia berputar pantas. Sehingga pada satu detik, hati mereka
sama-sama terpaut antara satu sama lain. Namun buruan dan dendam
Zayn menyukarkan jalan mereka menuju bahagia. Tapi tak mengapa,
kerana Lutfan juga enggan mengalah demi Jhia. Sama sekali tidak.
“Trust me, aku akan lindungi kau dengan seluruh nyawa aku. I would die
for you, Jhia, I swear I would.”
Lalu, pihak mana yang akan menang dalam peperangan epik antara
mereka? Mampukah cinta Jhia dan Lutfan menumpaskan dendam
kesumat di hati Zayn?
Out of stock
| Weight | 0.4 kg |
|---|---|
| Dimensions | 14 × 5 × 22 cm |
| Berat | 0.4 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789671482438 |
| Penerbit | Booku Enterprise |
| Penulis | Acik Lana |