Search

Kerana Cinta Itu Ada – Nabila Razali Ent.

RM35.00

Kesinambungan Lagu Putus, Nabila Razali Lancar Novel KERANA CINTA ITU ADA

Cinta itu satu ANUGERAH…
Nabila Aulia dan Tengku Aisy Mateen, bertemu dan saling jatuh cinta.
Indahnya sebuah cinta bersulam bahagia. Namun…kebahagiaan itu
tercalar tatkala sahabat sendiri, Dahlia yang menjadi api dan duri.
Kerana fitnah Dahlia dan Rayyan, cinta Aisy dan Bella PUTUS.
Kebenaran muncul tatkala beberapa jam selepas pernikahan mereka.
Pernikahan yang bagi Bella adalah hukuman neraka dunia. Masih
terngiang bicara Aisy ketika Bella merayu untuk hadir ke majlis
mereka.
“Saya akan datang tapi hanya seketika Bella, dan saya tetap memilih
Dahlia.”
Sakitnya yang Aisy tinggalkan menjadikan dia Nabila Aulia yang kuat.
Namun tanpa Bella sedar ikatan keduanya tetap utuh dan kuat. Dia
tak akan pernah menangis lagi demi lelaki seperti Aisy Mateen.
“Awak masih isteri saya yang sah Bella tak pernah satu pun lafaz talak
saya suarakan.”
Bella terkejut. “Lima tahun Aisy mana mungkin saya masih isteri
awak.”
Cinta itu hukumnya setia. Kesetiaan Aisy, kesabaran Aisy buatkan
jantung Bella berdetak semula. Menyumbang irama rindu dan cinta.
Namun ketika kasih kembali bertaut ujian itu tetap muncul.
Awak nadi saya Bella dan saya adalah denyutan jantung awak yang
tak akan pernah berhenti berdetak.

17 in stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 14 × 5 × 20 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9789672663300

Penerbit

NABILA RAZALI ENT.

Penulis

Sophilea

Tahun Terbitan

2022