Search

PROJEK SERAM: TELAGA – Buku Prima

RM29.00

Kematian tunang Hazami secara misteri mendapat tamparan
hebat bagi seluruh ahli keluarga. Laporan forensik juga
menunjukkan tidak ada sebarang tanda penyakit serius. Hazami
nekad untuk menyiasat sendiri punca kematian tunangnya.
Pencarian bermula dari sebuah taman perumahan. Dengan
bantuan kawan baiknya iaitu seorang polis, penduduk di taman
itu banyak menyimpan rahsia yang tidak diketahui oleh dunia luar.
Menurut sumber yang dipercayai, mereka mengamalkan amalan
paganisme. Semuanya berpunca daripada telaga tua di tengah
hutan. Tanpa disangka, ada rahsia besar dan bahaya sedang
menanti Hazami.

Syaitan disembah, manusia terjerat. Sekali terjebak, selamanya
terikat. /TAMAN BUKIT TELAGA

Azhan bertemu seorang lelaki misteri di sebuah warung
berdekatan dengan telaga lama. Lelaki itu bercerita tentang telaga
yang boleh memperkenankan hajat. Pada mulanya dia agak
skeptik dengan keajaiban telaga itu, tapi akhirnya dia percaya
selepas melihat satu demi satu impiannya tercapai. Apabila
kegilaan menguasai, dia ingin menghidupkan keluarganya yang
sudah mati. Peristiwa ngeri berlaku setelah semuanya kembali.

“Hajat kau akan ditunaikan… dengan harga yang perlu kau bayar!” /
7 PERMINTAAN

Kehadiran sekumpulan remaja di Pekan Telaga Hitam untuk
melakukan aktiviti paranormal mengundang rasa kurang senang
penduduk asal’ di pekan itu. Keterujaan mereka untuk merungkai
misteri di banglo tinggalan zaman Jepun itu akhirnya membawa
padah. Seorang demi seorang menjadi korban!

“Kau akan hidup kekal abadi dengan aku!” / MISTERI PEKAN
TELAGA HITAM

Out of stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 14 × 5 × 20 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9789674980856

Jumlah Halaman

420

Penerbit

BUKU PRIMA

Penulis

Noorfadzilah, Rizal Ramli, S. Kausari

Tahun Terbitan

2022