Search

TENTANG MARTIN – Kaseh Aries

RM28.00

Martin dan Lila berjumpa di dalam sebuah game show yang
dianjurkan E-Rose Tv. Di situlah Martin melahirkan rasa kagum dengan
Lila yang dianggapnya berbakat luar biasa.

“Okey. Saya harap kita dapat jumpa lagi, Lila.” – MARTIN

Selepas game show itu, mereka dipertemukan sekali lagi. Kali ini
sebagai ketua dengan pekerja. Lebih memalukan Lila bila dia terikat
dengan Martin disebabkan hutang yang bukan berpunca darinya.
Tetapi Martin tidak peduli semua itu. Baginya Lila adalah gadis yang
telah lama dia nantikan walaupun gadis itu kerap menolak rasa
hatinya. Namun saat mereka berdua semakin rapat, masalah baru
tercetus lagi.

“Awak jual idea saya?” – LILA

“Itu saja jalan supaya kau tak lari.” – MARTIN

Semakin Lila cuba mengelak, semakin Martin mendesak. Semakin Lila
melarikan diri, semakin Martin laju mengejar.

“Kalau dengan menerima tawaran dari Kota Media boleh membuatkan
kita takkan berjumpa lagi, saya akan terima tawaran tu.” – LILA

“Aku mahu berbicara lebih dekat dengan kau. Bukan sebagai ketua
dengan pekerja. Masalah hati ini hanya antara kita berdua.” – MARTIN

Adakah Lila akan menerima tawaran dari stesen TV Kota Media dan
memilih untuk menolak Martin? Sudah terlambatkah buat Lila
menyedari keinginan hatinya di saat Martin membawa diri ke luar
negara?

Out of stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 17 × 4 × 22 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9789672035572

Jumlah Halaman

486

Penerbit

Kaseh Aries

Penulis

Ann Hann

Tahun Terbitan

2020