Search

ABDUL RAHMAN AUF (JUTAWAN DERMAWAN CENDEKIAWAN) – Latip dan Keluarga Ent

RM30.00

Harta kekayaan melimpah ruah, tetap tidak dapat membezakannya
dengan hamba-hamba yang dibebaskannya. Tiada beza jenis
pakaian yang dipakainya kerana kerendahan hatinya. Beliau adalah,
Abdul Rahman bin Auf, hartawan Kota Madinah. Beliau sahabat
Rasulullah SAW, dinamakan Abdul Rahman oleh Rasulullah SAW,
di antara 10 yang terawal menerima Islam tanpa ragu dan sentiasa
membaiki dan meningkatkan amalannya walaupun sudah dijanjikan
syurga Allah SWT.

Ali bin Abi Talib berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud, ‘Engkau (Abdul Rahman bin Auf) adalah
seorang yang dipercayai oleh penghuni langit dan orang dipercayai
penghuni bumi.”

Abdul Rahman bin Auf, hartawan yang sangat zuhud dan
merendah diri. Setiap seruan Allah SWT disahut tanpa tangguh,
menyertai penghijrahan ke Habsyah dan Kota Madinah. Hartanya
disedekahkan ke jalan Allah. Beribu-ribu hamba dibebaskannya.
Setiap rezeki yang diterima dikongsi bersama. Setiap, sahutan
perang disertainya tanpa gentar. Kakinya tempang semasa Perang
Uhud dan Rasulullah SAW menjadi makmum solat subuh yang
diimamkan beliau sewaktu Perang Tabuk, perang terakhir disertai
Rasulullah SAW.

Out of stock

Additional information

Weight 0.4 kg
Dimensions 17 × 4 × 22 cm
Berat

0.4

Format

soft cover

ISBN

9789671524367

Jumlah Halaman

276

Penerbit

LATIP DAN KELUARGA ENTERPRISE

Penulis

Abdul Latip Talib

Tahun Terbitan

2018