Search

PLOT 365 HARI – Kaseh Aries

RM27.00

Ceritanya mengisarkan tentang dua sahabat, Ayra Basheera dan Farah Ilyana yang tidak
percaya dengan apa yang dipaparkan di kaca televisyen di mana kaum Adam boleh
berubah menjadi lebih baik hanya disebabkan cinta daripada kaum Hawa. Atas
cadangan Farah, maka wujudlah sebuah plot antara mereka yang mengambil masa
selama 365 hari.

“She’s really beautiful! Sumpah, aku tak tipu. Muka dia lembut sangat.” – Zhafri

Zhafri Adam, mangsa jerat mereka, mula dipaut hatinya oleh Ayra demi menjalankan
plotnya. Namun, rupa paras dan perwatakan Zhafri itu bukan sahaja menambat hati
Ayra, malah Farah juga seolah-olah sudah jatuh hati dengan lelaki tersebut.

“I harap you setia dengan I. I tak boleh terima kalau perempuan curang dengan I.
-Iskandar

Iskandar, teman lelaki Ayra turut mengadu kepada Farah apabila dapat merasakan
perhatian kekasih hatinya itu seperti sudah beralih arah.

Namun, belum sampai tempoh setahun, seseorang bertindak untuk membocorkan
rahsia Ayra kepada Zhafri dengan memberitahu lelaki itu tentang motif sebenar Ayra
berkenalan dengannya. Zhafri berasa dikhianati dan perasaan cinta terhadap wanita itu
bertukar menjadi benci dan dendam..

Siapakah yang bertindak membocorkan rahsia Ayra? Benarkah lelaki boleh berubah
dengan hadirnya cinta daripada seorang wanita? Bagaimanakah kesudahan kisah Ayra,
Zhafri, Farah dan Iskandar? Segalanya dalam Plot 365 Hari…

Out of stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 15 × 4 × 22 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9789672035473

Jumlah Halaman

405

Penerbit

Kaseh Aries

Penulis

AESYA AZAHAR

Tahun Terbitan

2019