Bahawa dia anak angkat, bukan satu rahsia. Bahkan dia
anak angkat yang sungguh-sungguh bahagia, sampai alpa
menyusur leluhur.
Ini kisah percubaan membolot harta pusaka, akan hal loba
menjadikan orang buta. Kerana dia anak angkat, disangka
dia kosong kuasa, lenyap suara.
Sungguh-sungguh dia terasuh oleh ilmu. Dan undang-
undang mengenalkannya akan makna hak, menunjukkan
jalan menegakkannya.
Eliza Jasmin, dia mencari tempat untuk berdiri, locus
standi, menggenggam hak untuk bertindak.