Search

KEBANGKITAN PEJUANG TERBILANG TANAH MELAYU – HR Publishing

RM39.90

SEJARAH telah mencatatkan bahawa pada kurun ke-18 ramai pahlawan tanah air telah
bangkit menentang British, tetapi perang ini berlaku berasingan dalam kawasan (negeri).
berlainan dan bukannya perjuangan menuntut kemerdekaan secara serentak di seluruh
negara. Para pejuang tanah air seperti Dato’ Maharaja Lela, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor,
Laksamana Mohamad Amin, Dato’ Sagor, Penghulu Dol Said, Yamtuan Tunku Antah,
Dato’ Siamang Gagap, Tok Janggut, Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok
Ku Syed Saggaf, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Haji Mat Lela, Rentap, Roslie Dhoby,
Syarif Masahor, Mat Salleh, Antanom, Syarif Osman, Dato’ Maharajalela Musa Unggu
dan Sogunting (Si Gunting) telah bangkit menentang penjajah akibat pentadbiran pen-
jajah yang terlalu menindas dan bertindak kejam terhadap penduduk peribumi.

Sejarah Tanah Melayu, memang ada pertumpahan darah dalam perang patriotik yang
berlaku pada kurun ke-18 tetapi pertempuran berlaku secara berasingan di negeri-negeri
tertentu dan pada masa berlainan. Kebangkitan itu berlandaskan rasa tidak puas hati
campurtangan British terhadap kuasa tempatan dan bukan satu revolusi seperti yang
berlaku di Amerika Syarikat ketika menuntut kemerdekaan dari Britain. Perjuangan
anak-anak peribumi ada mencatatkan kemenangan di peringkat awal ketika menentang
British tetapi akhirnya tumpas kerana penjajah mempunyai senjata yang lebih baik serta
tentera upahan yang ramai. Penentangan ini merangkumi penentangan langsung terha-
dap pentadbiran dan campurtangan British dan penentangan tidak langsung terhadap
pemerintahan yang menerima perlindungan British. Kebangkitan itu juga muncul akibat
rasa tidak puas hati orang tempatan terhadap sistem cukai tanah dan tanaman yang di-
anggap tidak adil serta cara kutipan itu dijalankan.

Antara penentang British pada kurun ke-18 adalah Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat
Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan Rentap di Sarawak serta Mat Salleh di
Sabah. Di Pahang, Dato’ Bahaman menentang penjajah British di Semantan. Tidak juga
dilupakan ialah perjuangan Dato’ Maharaja Lela, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor, Laksama-
na Mohamad Amin, Dato’ Sagor, Yamtuan Tunku Antah, Dato’ Siamang Gagap, Tok Ku
Paloh, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Syed Saggaf, Tok Gajah, Haji Mat Lela,
Roslie Dhoby, Syarif Masahor, Antanom, Syarif Osman, Dato’ Maharajalela Musa
Unggu dan Sogunting (Si Gunting) yang telah bangkit menentang penjajah akibat pen-
tadbiran penjajah yang terlalu menindas dan bertindak kejam terhadap penduduk
peribumi.

Out of stock

Additional information

Weight 0.45 kg
Dimensions 17 × 3 × 23 cm
Berat

0.45

Format

soft cover

ISBN

9789672278603

Jumlah Halaman

284

Penerbit

HIJJAZ RECORDS PUBLISHING

Penulis

Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Tahun Terbitan

2022