RM37.90
BENARKAH FIRAUN
DAN NAMRUD MASIH HIDUP?
Bukankah mereka sudah mati ribuan tahun yang lalu? Frasa ini adalah hakikat
untuk menyatakan bahawa segala perancangan Firaun dan Namrud sudahpun
suburmekar dalam kehidupan sekarang kerana dikembangbiakkan oleh anak
cucu mereka. Setiap aspek kehidupan kita sekarang sudahpun dikuasai oleh
Firaun dan Namrud. Sebenarnya Firaun dan Namrud ingin menguasai dunia yang
kini agenda mereka telah diteruskan oleh cucu-cicit keturunan mereka yang
sekarang ini berselindung di sebalik nama Illuminati. Keturunan Namrud dan
Firaun sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang.
Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka
terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah
keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild
Bloodline). Keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont,
Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn,
Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada
dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu
menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung
tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.
Manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik, kemudian
mengaku sebagai Tuhan pula ialah Namrud. Lepas itu Firaun pula
berbuat demikian. Manakala kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini
ialah kerajaan Namrud di Babylon. Kemudian kerajaan Firaun. Namrud adalah
manusia pertama yang memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia
telah membina kota Babylon yang amat mahsyur dalam sejarah, menara
Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Firaun pula telah membina
piramid, spink, istana-istana dan lain-lain lagi.
Keinginan Namrud dan Firaun ingin menguasai dunia di bawah satu
pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order. Sesung-
guhnya, memang sukar untuk menghindarkan diri dari Illuminati kerana semua
sektor di dunia ini kini telah dikuasai oleh mereka. Semua media masa di dunia
ini telah dikawal oleh mereka. Semua bank di dunia ini milik mereka. Seluruh
dunia sudah dikuasai oleh mereka. Jadi, memang sukar untuk melarikan diri dari
mereka.
Out of stock
| Weight | 0.4 kg |
|---|---|
| Dimensions | 15 × 4 × 24 cm |
| Berat | 0.4 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672278696 |
| Jumlah Halaman | 227 |
| Penerbit | HIJJAZ RECORDS PUBLISHING |
| Penulis | Syed Mahadzir Syed Ibrahim |
| Tahun Terbitan | 2023 |