Search

KEISTIMEWAAN UMAT NABI DI AKHIRAT – Syariah Darul Fitri

RM35.00

Buku ini adalah terjemahan bahagian akhir kitab Khasais
Al-Ummah Al-Muhammadiyyah yang dipersembahkan kepada
tiga bahagian, pertama keistimewaan pengampunan dosa dalam
beberapa keadaan yang diberikan hanya kepada umat Nabi
Muhammad. Kedua, keistimewaan umat nabi yang bersifat
dengan sifat ahli syurga. Ketiga pula ialah keistimewaan umat
Nabi Muhammad yang berkait dengan akhirat.

Tahukah anda, Allah memberikan pelbagai keistimewaan kepada
kita melalui pengetahuan tentang banyak hal yang akan berlaku
di akhirat. Nabi telah menceritakan kepada kita tentang alam
barzakh, hari kiamat, padang mahsyar, telaga Haudh, mizan,
sirath, syurga dan neraka. Pengetahuan yang terperinci seperti
ini tidak diberikan kepada umat Nabi lain, melainkan kepada kita
sahaja. Bahkan di akhirat, terdapat beberapa keistimewaan yang
diberikan kepada kita sahaja. Pengetahuan ini sangat penting
untuk mendorong diri kita menambahkan ketaatan dan
menyediakan bekalan sebanyak mungkin.

Tidak diragukan lagi, kita memperolehi segala keistimewaan ini
kerana kita adalah umat Nabi Muhammad yang merupakan
kekasih Allah. Kasih Allah kepada nabi-Nya melimpah kepada
umat nabi. Mengetahui semua keistimewaan ini perlu untuk
mendekatkan diri kita kepada Allah dan meningkatkan
kecintaan kita kepada Rasulullah. Dengan tekad, kecintaan dan
kesungguhan ini semoga kita semua dikumpulkan di pasar
syurga seperti doa Abu Hurairah kepada Said Ibn Al-Musayyib.

Out of stock

Additional information

Weight 0.4 kg
Dimensions 15 × 4 cm
Berat

0.4

Format

soft cover

ISBN

9786297558004

Jumlah Halaman

260

Penerbit

PUSAT KAJIAN SYARIAH DARUL FITRI

Penulis

Al-Allamah Syeikh Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Malikiy Al-Hasaniy

Tahun Terbitan

2023