Buku ini membicarakan pelbagai kisah berkaitan sirah
Nabi صلى الله عليه وسلم yang telah popular dalam kalangan umat Islam,
namun secara sanad mahupun matan tidak terbukti ianya
benar. Saya tidak bermaksud mengatakan semua riwayat
dha’if dalam masalah ini, tetapi jumlahnya sangat banyak.
Saya hanya memaparkan riwayat-riwayat yang paling
popular dan banyak dimasukkan ke dalam buku-buku
sirah dan peperangan.