RM27.00
Perintah Allah SWT kepada seluruh umat Muslim penting untuk diketahui dan
diamalkan. Perintah Allah SWT tersebut telah tercantum semua dalam kitab suci
Al-Quran. Kitab ini merupakan kitab penyempurna dari kitab-kitab sebelumnya
yang telah Allah SWT turunkan, termasuk penyempurna bagi kitab Taurat dan
Injil.
Dengan menjalankan perintah Allah SWT, maka anda akan mendapatkan
keutamaannya yakni dapat meraih kebahagiaan dunia dan akhirat. Dalam
Al-Qur’an sendiri terdapat setidaknya sepuluh perintah Allah SWT yang boleh
diamalkan.
Allah Taala berfirman dalam surah Al-Zumar ayat 73:
“Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga
berombong-rombongan (pula) sehingga apabila mereka sampai ke syurga
itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka
penjaga-penjaganya: “Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah
kamu! Maka masuklah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.”
Bagi orang yang beriman adalah menjadi satu kewajipan kepada mereka
mengejar segala janji-janji Allah Taala dengan melakukan segala suruhanNya
dan meninggalkan segala laranganNya. Golongan yang dikira layak menjadi
penghuni syurga ialah mereka yang mentauhidkan Allah, ikhlas melakukan
ibadah keranaNya, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, memelihara
adab-adab mulia, menjaga tutur kata, menghormati ibu bapa serta berkhidmat
untuk keduanya, menjaga silaturahim, menyeru kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran.
Jadi, tidak ada rasa takut yang paling agung dan yang lebih mulia daripada
rasa takut kepada Pencipta, iaitu Allah S.W.T. Kerana ini salah satu bentuk
penghambaan manusia kepada Allah S.W.T. Manusia merendahkan diri kepada
Allah S.W.T. Meyakini Allah boleh berbuat apa sahaja kepada makhluk-Nya, ini
terbukti dari negeri-negeri yang sudah dihancurkan oleh Allah S.W.T yang
banyak diceritakan di dalam al-Quran.
7 in stock
| Weight | 0.25 kg |
|---|---|
| Dimensions | 15 × 2 × 21 cm |
| Berat | 0.25 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9786297664019 |
| Jumlah Halaman | 184 |
| Penerbit | CASAMAS |
| Penulis | Mejar (B) Muhammad Qayyum |
| Tahun Terbitan | 2024 |