RM25.00
Imam Malik yang merupakan pengasas mazhab Maliki
adalah seorang ulama yang terkenal di Madinah
sehingga beliau mendapat gelaran Imam Darul Hijrah.
Beliau lahir pada 93H dan meninggal pada 179H. Beliau
tergolong dalam kalangan Al-Salaf Al-Soleh iaitu
daripada kalangan Tabi Tabien kerana beliau berguru
dengan Tabien.
Beliau dikenali sebagai ulama yang menguasai pelbagai
lapangan ilmu terutama fiqh dan hadis. Di antara kitab
hadis beliau yang terkenal ialah kitab al-Muwatha’ yang
dikisahkan antara syarat Imam Malik hendak menerima
Imam Syafie menjadi murid ialah beliau perlu hafal kitab
tersebut terlebih dahulu. Sejak daripada hari itu, Imam
Syafie menuntut dengan Imam Malik selama 16 tahun.
Kitab al-Muwatha’ dimuatkan sebanyak 1,891 hadis serta
athar, daripada jumlah itu terdapat 153 hadis yang
diriwayatkan dengan sanad aliy (sanad tertinggi) yang
dikenali Thunaiyyat. Hadis Thunaiyyat Imam Malik
bermaksud hadís-hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Malik dengan perantaraan dua perawi sahaja. Sebagai
contoh Imam Malik meriwayatkan daripada
daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah bersabda “.
Ini bermaksud, di antara Imam Malik dengan Nabi hanya
terdapat dua perawi sahaja iaitu gurunya sendiri Imam
Nafi’ dan seorang sahabat iaitu Sayyidina Ibnu Umar.
Oleh itu, buku ini menghimpun dan menterjemahkan
hadis-hadis yang diriwayatkan dengan sanad tertinggi
Imam Malik. Terdapat banyak bab hadis yang terdapat
dalam buku ini, semoga ia memberi manfaat kepada
semua.
2 in stock
| Weight | 0.35 kg |
|---|---|
| Dimensions | 15 × 3 × 22 cm |
| Berat | 0.3 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9786299728375 |
| Jumlah Halaman | 125 |
| Penerbit | PUSAT KAJIAN SYARIAH DARUL FITRI |
| Penulis | Maulana Hussein Abdul Kadir Al-Yusufi, Ustaz Muhammad Sobirin Rosli |
| Tahun Terbitan | 2023 |