RM20.00
40 Hadis yang dimuatkan kesemuanya diambil daripada Sahih Al-Bukhari. Menariknya hadis ini dimulai dengan hadis pertama dalam Sahih Al-Bukhari dan juga diakhiri dengan hadis terakhir dalam kitab tersebut. Para ulama menerangkan, ada beberapa maksud yang boleh dikaitkan dengan penyusunan ini.
Kata Maulana Hussein, dimulai kitab ini dengan hadis Bab Permulaan Wahyu iaitu hadis berkenaan niat dan diberikan ganjaran besar. Ditengah-tengahnya diisi dengan hadis-hadis yang menjadi tuntutan wajib dan sunat kepada umat islam.Semua amalan itu pasti bersumber daripada wahyu, oleh yang demikian tajuk pertamanya berkenaan awal permulaan wahyu. Kemudian bab terakhir dimuatkan hadis amalan yang mudah tetapi pahalanya boleh memberatkan mizan yang mengajarkan kepada kita bahawa boleh melakukan amalan yang mudah untuk bekalan akhirat kerana semua ibadat bakal ditimbang di mizan Disebabkan itu, kita tidak memandang remeh amalan yang ringan dan mudah kerana ia pasti bermanfaat kelak.
Out of stock
| Weight | 0.3 kg |
|---|---|
| Dimensions | 15 × 3 × 22 cm |
| Berat | 0.3 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9786299752059 |
| Jumlah Halaman | 108 |
| Penerbit | PUSAT KAJIAN SYARIAH DARUL FITRI |
| Penulis | Maulana Hussein Abdul Kadir Al-Yusufi |
| Tahun Terbitan | 2023 |