RM70.00
Karya ini berbicara tentang perkahwinan yang merangkumi persoalan
sebelum perkahwinan, semasa proses perkahwinan dan ketika berada
di alam perkahwinan, serta permasalahan-permasalahan yang berkaitan
dengannya. Lebih daripada itu, petunjuk daripada Rasulullah -sallallahu
‘alayhi wa sallam- memberi semangat dan roh yang tinggi dalam
mengemudi bahtera rumah tangga dengan sebaik-baiknya. Oleh yang
demikian, karya ini bukan sekadar perlu dibaca oleh seseorang yang ingin
berkahwin, malah perlu terus dibaca oleh pasangan yang sedang berada
di dalam bahtera rumah tangga.
Tambahan itu, hadith yang dihimpunkan oleh Mulla ‘Ali al-Qari
-rahimahullah- juga tidak hanya khusus kepada pasangan lelaki dan
perempuan sahaja, malah ia melibatkan orang sekeliling mereka,
termasuk ibubapa, saudara mara dan sahabat handai pasangan suami
isteri. Justeru, karya ini bukan hanya perlu dibaca oleh pasangan yang
berkahwin, malah untuk sesiapa yang berhasrat untuk berkahwin.
Apa Yang Istimewanya Dalam Buku Ini?
1 Menghimpunkan 6 ayat al-Quran sebagai pasak dalam
perkahwinan dan rumah tangga.
2 Menghimpunkan 40 hadith yang menyeluruh berkaitan
perkahwinan dan rumah tangga.
3 Setiap hadith dibentangkan kepada enam bahagian utama iaitu
matan hadith, terjemahan hadith, takhrij hadith, inti pati hadith
huraian hadith dan refleksi hadith.
4 Huraian hadith secara terperinci berdasarkan al-Quran, hadith,
pandangan salafussalih dan ulama muktabar, kisah yang penuh
inspirasi, panduan dan bimbingan yang praktikal, doa
kebahagiaan rumah tangga dan banyak lagi.
2 in stock
| Weight | 0.9 kg |
|---|---|
| Dimensions | 20 × 5 × 28 cm |
| Berat | 0.9 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789671671320 |
| Jumlah Halaman | 600 |
| Penerbit | Mata Buku |
| Penulis | Solleh Razak |
| Tahun Terbitan | 2022 |