Search

FasobrunJamil – Nasihat nasihat penguat Jiwa untuk kamu yang Hampir Berputus Asa – PTS

RM30.00

Sabar itu indah. Sabar menghadapi kegagalan dalam keputusan. Sabar
selepas kehilangan insan tersayang. Sabar menempuhi dugaan dalam
kerjaya. Sabar apabila tidak mencapai sesuatu yang diinginkan selepas
sehabis daya berusaha dan berharap. Kesemua kesabaran ini indah kerana
sabar itu menjadikan kita masih kekal melangkah ke hadapan.
Sabar itu indah apabila ia menyebabkan kita tidak menyembunyikan diri,
tidak berlari daripada segala kenyataan hidup ini, dan menambah semangat
untuk kita kembali berjuang lagi. Sakit dan lelah menghadapi ujian
kehidupan tidak mematikan rasa ataupun menjadikan kita berputus asa
apabila sebuah sabar mekar dalam jiwa.
Buku ini bukan penyelesaian pasti buat masalah dan halangan kita. Solusi
bagi setiap rintangan itu tidak mudah seperti yang diungkapkan. Namun,
hayatilah pesanan-pesanan penguat jiwa supaya bertahan dalam
meneruskan perjuangan melihat episod-episod sukar ini sebagai sebuah
keindahan. Fasobrun jamil!
“Hidup itu seperti benang kusut. Sukar merapikannya. Namun, Allah
mengajarkan kita untuk sabar, kerana sabar itu indah dan kita pasti mampu
memperbaikinya.”

3 in stock

Additional information

Weight 0.6 kg
Dimensions 3 × 16 × 24 cm
Berat

0.6

Cetakan

2022

ISBN

9789674818012

Jumlah Halaman

227

Penerbit

PTS Publishing House

Penulis

Ustazah Muzayyanah Abdullah Alfiah Berkah