Search

Akhawat Pakai Hoodies – Penerbitan Wahai

RM30.00

Selepas IKHWAH PAKAI JEANS, #CHENTA dan BIAR TAK GLAMOR DI DUNIA, ASAL POPULAR DI LANGIT SANA, Inche Gabbana kembali menghantui hidup anda dengan penulisannya yang terbaharu ini. AKHAWAT PAKAI HOODIES menghimpunkan 23 artikel terpilih tulisan Inche Gabbana yang menjadikan perempuan sebagai temanya yang utama.

Meskipun buku ini memfokuskan kepada perempuan, namun mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan dalam buku ini relevan untuk sesiapa sahaja yang membacanya. Bersedialah untuk tertawa terkekek-kekek dengan lawak sempoi Inche Gabbana; pada masa yang sama menghabiskan sekotak tisu mengelap air mata.

Selain sesuai menjadi bahan bacaan anda tatkala di dalam tren atau sebelum tidur, ia juga sesuai dijadikan hadiah kepada guru kelas atau bakal mak mertua anda! Eh.

5 in stock

Additional information

Weight 0.4 kg
Dimensions 18 × 4 × 24 cm
Berat

0.4

Format

soft cover

ISBN

9789671277980

Jumlah Halaman

295

Penerbit

Penerbitan Wahai!

Penulis

Inche Gabbana

Tahun Terbitan

2017