Search

AKU YANG KAU MAHU – Kaseh Aries

RM35.00

Kecewa serta sakit hati akibat kehilangan kawan baiknya, Dian Safiyah bertekad untuk membalas dendam. Dia takkan biarkan lelaki yang dah hancurkan hidup kawan baiknya itu bahagia.

Di majlis pernikahan Zabar, Dian buat perangai. Tolak ke tepi rasa malu, penderitaan serta kematian Salina harus terbalas. Bagi Dian, Zabar tak layak untuk hidup bahagia dengan mana-mana perempuan pun!

“Sampai hati awak buat saya macam ni, sayang. Awak cakap awak sayangkan saya, cintakan saya separuh mati, tapi kenapa awak masih nak kahwin dengan orang lain? Awak kejam, sayang!”-Dian Safiyah

Lakonannya mantap. Penuh dengan air mata sehinggakan ‘si dia’ kaku dan kelu untuk membalas. Duduk pun serba tak kena. Kena serang dengan tiba-tiba, siapa yang tak terkejut?

Namun lain pula yang jadi. Tanpa Dian sedar, dia dah tersalah sasaran. Orang lain yang buat perangai, orang lain pula yang kena maki dengan dia.

“Cuba kau tengok betul-betul, Dian. Dia duduk di kerusi saksi, bukannya di kerusi pengantin. Aku rasa kau dah salah orang ni, Dian.”-Wani

Kerana kesilapannya itu, hidup Dian mula tak aman. Kemunculan ‘si dia’ buat dia hampir gila!
“Salah ke kalau saya nak jumpa dengan isteri saya?”-Syaikhul Affandi
“Saya minta maaf. Boleh tak awak jangan ganggu hidup saya lagi?”- Dian Safiyah
“Sekali awak dah masuk dalam ‘dunia’ saya, jangan harap awak dapat lari daripada saya, sayang.”-Syaikhul Affandi
Sudah puas mengelak, sudah puas menyorok, namun Syaikhul bagaikan bayang-bayang yang sentiasa mengekori setiap langkahnya.
“Jadi isteri saya, atau awak akan berdepan dengan peguam saya.”-Syaikhul Affandi
Diberi kata dua, Dian hilang punca. Menurut, bererti dia kena bersedia menadah hati untuk terluka. Lebih-lebih lagi bila dia tahu siapa pemuda itu yang sebenarnya. Buat apa nak kahwin jika dia bakal diceraikan nanti? Dia takkan kekal sebagai isteri Syaikhul.
Tapi… Mampu ke dia untuk menolak?

Out of stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 15 × 3 × 20 cm
Berat

0.35

Format

Paperback, soft cover

ISBN

9786297509174

Penerbit

Kaseh Aries

Penulis

Cik Tet

Tahun Terbitan

2023