Search

AMALAN MUDAH, PAHALA MELIMPAH ( Malay Ver. ) – Ahkter Bin Abdul Manan

RM25.00

Buku ini menghimpunkan amalan-amalan seharian bermula dari
waktu subuh sehingga solat malam yang merangkumi zikir harian,
doa selepas solat, solat sunat, adab tidur, adab makan dan minum,
membaca al-Quran, sedekah, serta amalan khusus pada bulan
Ramadan dan bulan Zulhijjah. Setiap amalan diperkukuh dengan
teks hadis dalam bahasa Arab, terjemahannya serta keterangan
ringkas mengenai fadilatnya. Kekuatan dan keistimewaan buku ini
ialah pada fakta dan dalil yang dikemukakan selain sumber rujukan
yang tepat dan boleh dipercayai. Setiap amalan yang dinyatakan
dalam buku ini dikemukakan dengan dalilnya daripada
hadith-hadith Nabi yang telah dikenalpasti kesahihannya.

Yang menarik mengenai buku ini ialah gaya penulisannya yang
mesra pembaca, mudah difahami dan disampaikan dalam bahasa
Melayu moden yang ringkas dan padat. Ia sesuai untuk semua
peringkat pembaca, termasuk mereka yang tidak mempunyai latar
belakang pendidikan agama secara formal. Kejelasan gaya bahasa
dan susunan kandungan yang sistematik menjadikan buku ini sangat
sesuai dijadikan panduan harian bagi masyarakat awam dalam
menjalani ibadat rutin mereka. Buku ini juga secara tidak langsung
mendekatkan masyarakat awam dengan Sunnah Nabi melalui
amalan Nabi seharian yang dipaparkan dalam buku ini.

Profesor Dr Faisal bin Ahmad Shah
Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

10 in stock

Additional information

Weight 0.4 kg
Dimensions 18 × 2 × 27 cm
Berat

0.4

Format

soft cover, Glossy Paper

ISBN

9789672643920

Jumlah Halaman

220

Penerbit

Ahkter Bin Abdul Manan

Penulis

Ahkter Bin Abdul Manan

Tahun Terbitan

2025