Search

AMUKAN RODENSIA – Must Read

RM30.00

AMUKAN RODENSIA

Air laut pasang telah surut. Ombak semakin tenang. Tikus-tikus yang banyak timbul di permukaan laut sudah tidak kelihatan lagi. Mungkin mereka telah berpindah ke sarang masing-masing di bawah permukaan dataran tambakan itu.

Kementerian Pembangunan Nusantara selaku agensi perlaksana telah bekerja keras mengatasi masalah keretakan pada kondominium di kampung Puteri Warisan tetapi masih berlaku. Pak Dalib, samseng kampung ini menuntut wang perlindungan daripada kontraktor utama, Dato’ Leong Kok Chee namun gagal. Kerana penolakan itu, Pak Dalib dan konco-konconya, ingin membalas dendam dengan menyeru Rodensia, saka tikus belaan Pak Dalib.

Namun, Rodensia meminta habuan yang lebih mengerikan, iaitu bayi dalam kandungan Shima, satu-satunya anak perempuan Pak Dalib. Kelicikan Rodensia menyebabkan Pak Dalib terpaksa menaruh nyawanya sendiri. Apa yang akan terjadi di Puteri Warisan? Nyawa siapa akan menjadi makanan tikus-tikus yang menguasai Puteri Warisan?

Out of stock

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 13 × 3 × 19 cm
Berat

0.3

Format

soft cover

ISBN

9789670078595

Jumlah Halaman

384

Penerbit

MUST READ SDN. BHD.

Tahun Terbitan

2025

Penulis

Ismail Hashim