RM35.00
FURQAN AYYUBI yang terperangkap di dunia nyata berusaha mencari
jalan pulang semula ke dunia dongengan Anding Ayangan. Dia yang
ditahan di hospital mental akhirnya berjaya melarikan diri bersama Pak
Hashim dengan bantuan rakan Damit iaitu Buntak. Mereka kembali ke
Papar dan membawa sebuah perahu menuju ke tengah Lautan China
Selatan. Di sana, mereka diserang seekor raksasa bernama Raja Suir Sang
Ekong. Perahu yang mereka naiki terbalik dan mereka tenggelam ke dasar.
Dunia Anding Ayangan semakin kacau di bawah pemerintahan Raja Daulah.
Sang penglipur lara ini mirip seorang penyihir yang sewenang-wenangnya
melakukan sumpahan di sana sini. Dia sebagai seorang pemimpin
ternyata lebih kejam berbanding raja-raja terdahulu. Untuk membanteras
kejahatannya maka Pa’tua dan Kalimambang telah menyokong Yungku
Kelangar sebagai Raja Perempuan Bongsu dengan membantunya untuk
merampas semula kerajaan yang digulingkan Raja Daulah.
–
Mampukah mereka bertiga sahaja menggugah kerajaan Anding Ayangan
yang kukuh di bawah pemerintah Raja Daulah yang sakti itu?
Dunia nyata pula semakin kacau dengan pergolakan politik. Seolah-olah
kuasa dan rasuah merupakan kembar yang berpisah tiada. Mutajassad
semakin galak mencari kuasa dengan menyarungi jasad-jasad orang politik
dengan tujuan mencari jalan pintas untuk menjilat kuasa. Kuasa memiliki
aroma seperti bangkai tapi disukai oleh ramai manusia. Maka itu banyak
pembunuhan dan transit tubuh manusia telah berlaku.
Out of stock
| Weight | 0.4 kg |
|---|---|
| Dimensions | 15 × 5 × 22 cm |
| Berat | 0.4 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789674980597 |
| Jumlah Halaman | 542 |
| Penerbit | BUKU PRIMA |
| Penulis | Ramlee Awang Murshid |
| Tahun Terbitan | 2022 |