Search

ASYRIQ HAYYAN – Kaseh Aries

RM40.00

Dikhianati seseorang yang dicintai separuh mati, SAIF HAQQANI menutup rapat pintu hatinya untuk mencari pengganti. Saif berpendirian bahawa dia tidak memerlukan seorang isteri untuk menjadi ibu kepada anak syurganya, ASYRIQ HAYYAN.

“Saif tak perlukan orang baru dalam hidup Saif, dan juga Hayyan.” – Saif

Hadirnya NUR WAFA KAISARAH sebagai pembantu rumah, telah membuatkan Saif sedar bahawa masih ada lagi yang ikhlas menerima sebuah kekurangan.

“Do you love Hayyan?” – Saif

“Mestilah!” – Wafa

“Even though, Hayyan tak normal macam kanak-kanak yang lain?” – Saif

“Hayyan tetap manusia… sama macam kita.” – Wafa

“Wafa… let’s get married.” – Saif

Perkahwinan tanpa cinta, tapi bukan paksaan itu pun terjadi. Tujuan asalnya hanya kerana Hayyan semata-mata. Tapi indahnya percaturan Tuhan, perkahwinan itu semakin menampakkan bahagia. Namun kepulangan NAYLI ADELIA membuatkan semuanya huru-hara.

“I nak jadi mommy Hayyan yang sebenar-sebenarnya.” – Nayli.

Helah yang digunakan Nayli, membuatkan Saif terpaksa merendahkan ego seorang bapa. Tanpa Saif sedar, Nayli juga punya niat yang lain.

“Wafa rasa… dia masih cintakan abanglah.” – Wafa

“I akan dapatkan you balik, walau apa pun yang terjadi!” – Nayli

Apabila semuanya terbongkar, mampukah Saif memberi kemaafan dan peluang sekali lagi? Bagaimana dengan nasib Hayyan yang menjadi mangsa ketamakan seorang ibu yang terlalu merajakan sebuah kesempurnaan?

Out of stock

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 14 × 4 × 22 cm
Berat

0.3

Format

soft cover

ISBN

9786297509389

Penerbit

Kaseh Aries

Penulis

Cik Mardiah

Tahun Terbitan

2024