RM45.00
Hadis Shahih Bukhari No 791, Dari Abu Hurairah ra, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Barang siapa mengerjakan haji semata-mata kerana Allah, tidak berkata keji dan tidak melakukan perbuatan jahat, orang itu (bersih) kembali seperti dia baru dilahirkan ibunya (tidak berdosa).” [Hadis Riwayat Bukhari) Tiada perkara yang lebih istimewa dalam hidup seseorang insan apabila dapat menjejakkan kaki ke bumi Makkah al-Mukarramah, menunaikan ibadat Haji dan Umrah. Tidak kurang juga perkara yang terindah dalam kehidupan apabila dapat melakukan ziarah di Masjid an-Nabawi, tempat letaknya makam baginda Rasulullah SAW. Haji dan umrah adalah anugerah yang tidak ternilai. Amatlah rugi jika peluang yang diberikan ini tidak dapat dilakukan dengan sempurna disebabkan kurangnya pengetahuan berkaitan ibadat tersebut. Oleh yang demikian, kami merendah diri memperkenalkan buku ‘Bekalan Perjalanan Terindah, Haji, Umrah dan Ziarah sebagai bekalan dan panduan yang disusun dengan kemas dan teliti agar ianya menepati kehendak syarak serta mengikut kaedah mazhab Imam asy-Syafii Rahimahullah. Buku ini dilengkapi dengan rajah serta ilustrasi, lakaran dan gambar bagi memudahkan para pembaca memahami setiap perbuatan dalam melaksanakan ibadat tersebut.
5 in stock
| Weight | 0.8 kg |
|---|---|
| Dimensions | 20 × 5 × 27 cm |
| Berat | 0.8 |
| Cetakan | 2018 |
| Format | Hardcover |
| ISBN | 9789670592268 |
| Jumlah Halaman | 274 |
| Penerbit | Nadi Minda Resources |
| Penulis | Shamsul Mohd Nor |