RM32.00
Puteh Nur Afia, gadis penjual bunga yang sekali lagi cuba memberi
peluang kepada diri sendiri untuk kembali bahagia. Berjuang sendirian
demi hidupnya.
“Apa yang saya dah buat sampai awak nak marah saya
macam ni sekali?” – Rayyan
“Saya ingat lepas kita berpisah, kita dah tak ada sebab untuk
berjumpa lagi.” – Puteh
Namun kehadiran Colvin Blake, merubah kehidupan Puteh. Lelaki itulah
yang sentiasa dia cari dan pilih pada saat dia memerlukan. Mungkin juga
kerana dia sudah lelah asyik berjuang sendirian.
“Saya minta maaf sebab dah susahkan awak. Saya tak boleh fikirkan
orang lain sebab saya tak ada sesiapa.” – Puteh
“Kalau macam tu… teruskan fikir pasal aku. Hanya pasal aku.” – Colvin
Kehidupan mereka saling melengkapi, namun tetap tiada yang
sempurna. Mereka bukan maksum. Apabila aib yang terjaga rapi
sebelum ini terbentang luas di depan mata, bagaikan sebongkah
batu menghempap kepala.
“Itu anak abang?” – Puteh
“Abang… suruh… abang suruh dia… gugurkan.” – Colvin
Dia maklum akan kehidupan lama suaminya yang gelap dan dia bersedia
untuk terima. Tapi ternyata ianya jauh lebih sukar apabila ada gunting
dalam lipatan. Lantas Puteh memilih untuk melindungi lelakinya.
“Kenapa kau tak pernah pandang aku, Puteh? Aku sukakan kau!”
“Kalau kau sentuh suami aku, nahas kau aku kerjakan.!”
5 in stock
| Weight | 0.25 kg |
|---|---|
| Dimensions | 13 × 3 × 22 cm |
| Berat | 0.25 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9786297509426 |
| Jumlah Halaman | 341 |
| Penerbit | Kaseh Aries |
| Penulis | Izfar Hazmi |
| Tahun Terbitan | 2024 |