Search

BUKAN HANYA SEKADAR CINTA – Dear Novels

RM31.00

Akan diadaptasi ke Drama di Slot Akasia TV 3!
“Kamelia…”
“Jadi, selama ni awak tak bisu?” tanya Kamelia sinis.
Perlahan-lahan Isa Rafael menggeleng.
“Tak bisu… okey. Dah tentu awak pun tak pekak, kan?” Sinis Kamelia lagi.
Seperti burung belatuk, Isa Rafael hanya mengangguk.
Kamelia memicit kepalanya yang kian berdenyut. Selama ini dia tertipu. Dia menangis dan meluahkan semua masalahnya semasa di Hong Kong dan Isa Rafael mendengarnya. Lelaki itu berpura-pura seperti tidak mendengar bebelannya selama beberapa hari di sana.
“Awak tipu sayalah selama ni?”
“Tak, saya tak berniat pun nak buat begitu…”
“Tapi, awak dah buat pun,” pintas Kamelia pantas.
Kelu lidah Isa Rafael untuk membalasnya.
“Perkenalan yang berlandaskan pembohongan takkan kekal lama. Saya nak awak ingat itu aje,” ujar Kamelia, sebelum berlalu dengan senyuman sinis di bibirnya.
Kecewa. Dia benar-benar kecewa. Cintanya dikhianati, malah dia tertipu dengan suaminya sendiri.
Ilan Rafzal dan Isa Rafael? Tiada beza. Kedua-duanya melukakan hatinya

Out of stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 15 × 5 × 22 cm
Berat

0.35

Format

Paperback, soft cover

ISBN

9789672902546

Jumlah Halaman

510

Penerbit

DEAR NOVELS

Penulis

Emma Mariam

Tahun Terbitan

2023