Search

BUKAN LELAKI TERHEBAT – Kaseh Aries

RM28.00

Bermain cinta dengan perempuan simpanan bos memang sesuatu
yang sangat gila! Atas kesalahan itu, dia dibelasah teruk dan dibiarkan
separuh nyawa di dalam kebun getah. Dan takdir membawa Jaden
dipertemukan dengan Tok Ayah dan Seri Dhia.

“Lelaki hebat? Ada ke spesis lelaki macam itu zaman sekarang ni?
Tak pernah pula saya jumpa lelaki hebat selain tok ayah saya.
SERI DHIA

“Nak tahu aku lelaki hebat atau tidak, kau nak cuba dengan
aku?” JADEN

Sukar untuk Jaden menjadi lelaki yang hebat di mata Seri Dhia, kalau
Iqram saja yang menjadi perhatian gadis itu. Apatah lagi dengan
kekurangannya dalam memahami ilmu agama. Tapi demi memiliki
Seri, juga kerana janji kepada Tok Ayah untuk menikahi gadis itu,
Jaden sanggup mencalar kepercayaan dan maruah Seri.
“Apa salah saya sampai awak buat saya macam ni, Jaden?”
~ SERI DHIA

“Kau buat aku merasa sesuatu. Sesuatu yang bagi aku, kalau aku
lepaskan… aku tidak akan merasainya lagi. Aku cintakan kau, Dhia.”
JADEN

Cinta mereka diuji saat kisah silam Jaden terbongkar. Masihkah ada
cinta buat Jaden di hati Seri saat dia mengetahui sisi gelap seorang
Jaden Haqeef? Bagaimana pula dengan Ariana dan Iqram, dua orang.
yang terus menagih cinta Jaden dan Seri?

2 in stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 17 × 5 × 22 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9789672035565

Jumlah Halaman

460

Penerbit

Kaseh Aries

Penulis

Dilla Ahmad

Tahun Terbitan

2019