Search

CHANDELIER – Booku Ent

RM35.00

Gold digger! Itulah label yang sering diberikan kepada Keisha Edlina.

Berbekalkan wajah pan-Asia dan kesempurnaan bentuk tubuh, dia memiliki

hidup serba mewah dengan cara yang amat mudah. Goda lelaki kaya, jual ayat

cinta dan peras harta mereka sehabis daya. Kemudian dia, angkat kaki untuk

mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.

Namun sampai ke satu tahap, Keisha Edlina mula mencari calon suami untuk

kehidupan yang lebih stabil. Dan syarat utama, lelaki itu perlu banyak harta.

Wajib! Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia

berpaling pula kepada Tan Sri Emran.

Dan matlamatnya hanya satu, dia mahu bergelar Puan Sri tidak kira apa pun!

Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha

Edlina. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef

mengubah haluan kakinya.

Di mata Keisha Edlina, Kaef hanyalah lelaki tampan yang memiliki taraf hidup

biasa-biasa saja, tidak punya banyak harta atau kemewahan. Tapi aneh,

kenapa hati masih boleh terpikat dengan hanya keikhlasan lelaki itu?

Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam

mula datang menghukum. Satu per satu ujian dan dugaan yang hadir

membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban.

Berkorban demi lelaki yang dia cintai sepenuh hati!

“Sebab saya bukan lelaki yang mạampu menjanjikan

intan dan berlian di tubuh awak, kan? I will never be

good enough for you. Fine, lgot that.”-Kaef.

“I tak nak hidup susah Kaef, I tak boleh hidup susah and

yoú know that!”- Keisha Edlina.

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 13 × 3 × 21 cm
Berat

0.3

Format

soft cover

ISBN

9789671286050

Penerbit

Booku Enterprise

Penulis

Acik Lana

Tahun Terbitan

2020