Search

DIA MY FOREVER LOVE – Karya Publika

RM30.90

Athia dijanjikan dengan bulan dan bintang sehingga dia terlupa bahawa langit itu
tinggi. Luqman membawanya terbang lalu melepaskannya tanpa belas membuatkan dia
terhempas jatuh menyembah bumi. Athia tertanya-tanya apa lebihnya si perampas
berbanding dia? Tidak cukupkah pengorbanannya selama ini untuk merantai setia
Luqman?

“Sebagai umat Islam saya yakin dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Insya-Allah apa yang saya makan, itulah yang akan dimakan oleh Thia. Di mana saya
tinggal, di situlah tempat tinggal Thia.” – Luqman Aisy.

Itu janji dulu. Janji ketika mahu menanam tebu di tepi bibir. Kini, semuanya telah
berakhir dengan jalan cerita yang memilukan.

Luqman menganyam bahagia. Athia juga harus begitu. Dia perlu berjuang demi
malaikat kecil yang menjadi penghuni rahimnya. Cukup-cukuplah dia larut dalam
kesedihan yang panjang.

“You tak payah faham apa-apa. Just pick up the phone when I call, reply when I text
and don’t ignore me. That’s all. Susah sangat ke nak buat benda tu?” – Adrey Somsit.

Dalam diam Adrey selalu memohon kesempatan untuk diberi peluang
menghapuskan air mata Athia kerana air mata Athia itu umpama racun yang boleh
membunuhnya. Melihat Athia menangis saban malam membuatkan Adrey seperti
ditusuk sembilu berbisa. Sakit, pedih dan terseksa.

“Abang minta maaf.”- Luqman Aisy.
Untuk apa kata maaf itu setelah bermusim menanggung derita? Semuanya sudah
tidak bererti. Hati menjadi sepejal tembok batu kini.

“Katakan sayang agar dapat ku sambut rindu mu. Ucapkan cinta biar aku
persembahkan seluruh raga buatmu kerana dirimu itu adalah seseorang yang aku
inginkan. Kalau aku bukan yang pertama menjadi matahari menerangi hidup mu,
izinkan aku yang terakhir menjadi bulan menyinari malam mu yang kelam.” – Adrey
Somsit.

Ikhlas tidak perlu diungkap. Setia menjadi pengikat.
“I pun sayang you.” – Athia Nur Al Zahra.
Benarlah, ada pelangi selepas hujan. Ada bahagia setelah derita.

Out of stock

Additional information

Weight 0.4 kg
Dimensions 18 × 4 × 22 cm
Berat

0.4

Format

soft cover

ISBN

9789672394273

Jumlah Halaman

706

Penerbit

Karya Publika

Penulis

Shadia Hisham

Tahun Terbitan

2022