RM32.00
Kecewa apabila gadis idaman dimiliki abang tiri sendiri, tubuh
sahabatnya telah menjadi korban. Amsyar melafazkan akad nikah
buat Diandra bukan kerana cinta, tetapi kerana tanggungjawab.
“Jangan gugurkan! Biar perkahwinan ini diteruskan.” – Amsyar
Disebabkan cinta dan sayang yang menggunung terhadap Amsyar,
Diandra nekad untuk terus meraih cinta lelaki itu. Walaupun di dalam
hati Amsyar penuh dengan nama Ariana.
“I betul-betul sayangkan you. Kalau you nak I ubah penampilan dan
perangai macam Ari pun, I sanggup.” – Diandra
Namun cinta yang baru berputik dan bahagia yang baru dikecapi mula
diuji, kepercayaan di antara mereka telah terobek dan sukar
diselamatkan. Semua yang terjadi hanya kerana salah faham.
“Selangkah Dian pergi bawa Dhea keluar dari rumah ni, maka jatuhlah
talak satu.” – Amsyar
“You penyebab semua ini terjadi. You penyebab anak I mati!” – Diandra
Tetapi bukan itu saja puncanya. Rupa-rupanya Diandra mempunyai
rahsia besar yang cuba dia sembunyikan. Demi kebahagiaan Amsyar,
dia sanggup berkorban segalanya. Tanpa Diandra ketahui, Amsyar
juga melakukan perkara yang sama.
“Abang rindukan semua itu. Tak boleh ke sayang bagi abang peluang
kedua?” – Amsyar
Sampai bilakah Diandra mahu terus menyembunyikan rahsianya?
Berjayakah Amsyar mencari Diandra demi cinta setelah semuanya
terbongkar? Ataupun perkahwinan ini hanya mampu bertahan sampai
separuh jalan sahaja?
Out of stock
| Weight | 0.4 kg |
|---|---|
| Dimensions | 15 × 4 × 22 cm |
| Berat | 0.4 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672035961 |
| Jumlah Halaman | 500 |
| Penerbit | Kaseh Aries |
| Penulis | Emira Sky |
| Tahun Terbitan | 2022 |